Resepi Paru Sambal Mudah Dan Sedap

Resepi Paru Sambal Mudah Dan Sedap | Lama tak masak paru walau selalu bila ke pasar memang nak beli tapi terkadang tu terlupa dan malas dengan pelbagai alasan. Bila beli nasi lemak tu umi cukup suka letak parut goreng berlado tapi rasa marah sebab mahal dan tak sedap. 

Tekak dah tua ni memang banyak songeh, banyak pula komen pada masakan orang lain, jadi sebaiknya beli dan masak sendiri. Sedap atau tidak tu belakang kira sebab masakan sendiri kan.

Resepi Paru Sambal Mudah Dan Sedap


Mujur paru atau kelempong ni memang favorite 'the girls' jadi kalau beli banyak tu memang 'no hal' sebab ada jer yang suka. Kelempong ni nama yang bonda kami panggil dan memang jadi rebutan kalau bonda masak.  Tapi tu dulu, waktu bonda sihat memang dia buat kelempong goreng berempah dan Allahyarham abah akan jadi tukang hiris kelempong yang sudah siap direbus.

Mudah jer resepi paru sambal mudah dan sedap sampai makan tak panggung kepala ni..heee


Bahan-bahan:

1 kg paru, dipotong sederhana 

2 keping asam gelugur

1 inci halia


Bahan kisar

15 tangkai cili kering

5 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

1 jari halia


Bahan lain

1 batang serai, diketuk

1 keping asam gelugur

Gula dan garam


Cara membuatnya :

  • Rebus paru bersama halia, sehingga lembut dan empuk. Toskan air dan biarkan sejuk dan kemudian hiris sehingga nipis setelah sejuk.
  • Panaskan minyak dan gorengkan paru. Goreng hingga rata dan garing ketepikan.
  • Panaskan minyak kembali, tumis serai yang diketuk hingga kekuningan dan masukkan bahan kisar. Goreng hingga pecah minyak. 
  • Masukkan gula, garam dan asam keping. Rasa dan pastikan sambal tersebut manis-manis pedas.
  • Akhir sekali, masukkan paru ke dalam sambal, gaul hingga sebati. Bila dah sebati, boleh tutup api dan hidangkan.
Resepi Paru Sambal Mudah Dan Sedap



Post a Comment

0 Comments