Resepi Cendawan Kikir Masak Lemak Cili Api Sedap

Setiap kali ke pasar, selalu dok intai kot-kot terjumpa kulat sisir ni yang menjadi kesukaan bonda. Nak dijadikan rezeki, ada pulak kulat ni ni baru dikeluarkan dari bungkusan waktu saya ke gerai  jualan sayuran kampung. 

Jadi sebelum kehabisan, terus saya beli 300 gm yang cukup untuk dimasak 2-3 kali dan 2 atau 3 resepi cendawan kikir ni. Cukuplah untuk menghilangkan keinginan setelah sekian lama. Mujur harga masih tidak mahal walau cukup payah nak didapati.

Resepi Cendawan Kikir Masak Lemak Cili Api Sedap

Kulat ni bukan semua orang suka sebab semacam bau yang kurang enak apatah lagi kalau kulat ni dah lama.  Nak mencuci pun kena berhati-hati supaya bila makan tu tak terasa bendasing atau terasa tanah. 

Fuhh...sejak dah tua ni memang semakin cerewet, almaklumlah dah terlebih makan garam..ahh gituwww

Ada 3 jenis resepi yang jadi kegemaran dan kerap saya buat bila dapat kulat sisir ni, goreng kunyit, goreng berlada dan masak lemak cili api. Jom memasak.


Bahan-bahan

2 cawan kulat sisir / kulat kukur kering

2 batang serai ~ dititik

250 gm santan

1 mangkuk air

1 keping asam gelugur

garam  secukupnya


Bahan ditumbuk

15 biji cili padi

1 inci kunyit hidup

4 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

segengam ikan bilis, direndam sekejap


Cara menyediakan.

1. Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat bahagian tapaknya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam.  Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya.  Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Lalukan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  

Resepi Cendawan Kikir Masak Lemak Cili Api Sedap

2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & bawang putih hingga lumat.

3. Masukkan bahan tumbuk, serai, asam gelugur dan kulat bersama 1 mangkuk air.  Masak dengan api sederhana sehingga nampak agak kering, masukkan santan. Kacau dengan kerap supaya tidak pecah minyak. Tutup api bila nampak kuah hampir mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukupnya.

Post a Comment

0 Comments