Resepi Sotong Masak Gulai Padang

Resepi Sotong Masak Gulai Padang | Menu simple hari ni bila mood kelaut. Ada yang panggil Masak Gulai Lemak Padang tapi apa pun yang dipanggil, cara masakan tu lebih kurang sama jer. Tadi buka peti ais nampak ayam...ahhh ayam lagi, ohh tidak. Kerling ke bekas sebelah, nampak sotong. Dalam jiwa dok fikir, masak apakah sotong ni. Nak goreng nanti tak berkuah apatah lagi kalau buat celup tepung.

Kalau korang sotong buat masa apakah? kalau kat rumah ni sotong celup tepung memang zasss selesai tapi bos besar kurang minat. Nak-nak lagi kalau tak berkuah, boleh tercekik hee

Sotong Masak Gulai Padang


Jadi, kita masak je masakan Padang yang sedap sampai boleh makan bertambah nasi di pinggan, pastu komplen sebab masak sedap. Kesian kami kan.

Ok, saya share resepi kot esok, lusa, tulat ke boleh dicuba.


Resepi Sotong Masak Gulai Padang

500 gm sotong saiz sederhana, cuci bersih

3 biji bawang besar ~ belah 4

2 biji tomato, belah 4

2 batang serai, di titik

3 biji ubi kentang, belah 4

1 biji terung, dipotong l

3 camca minyak untuk menumis

500 ml santan

air secukupnya

garam secukup rasa

Bahan kisar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 inc kunyit hidup

1 inci lengkuas

2 inc halia

10 tangkai cili kering



Sotong Masak Gulai Padang


Cara Memasaknya :

  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
  • Masukkan sotong, bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, santan dan air. Kacau biar sebati
  • Masak dengan air sederhana dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak. Akhir sekali perasan dengan garam.



Post a Comment

1 Comments