Resepi Kerabu Ikan Kembung Rebus Mudah Dan Sedap

Resepi Kerabu Ikan Goreng Mudah Dan Sedap | Bila ikan dalam digoreng tak habis dimakan, memang elok sangat nak buat kerabu ni. Selalunya umi akan elak bagi ikan yang dah digoreng kepada bebulus di rumah melainkan kucing yang singgah tumpang lalu kat rumah ni. Ikan digoreng ni tak elok untuk bebulus sebab dah berminyak kan.

Jadi, selain masak asam atau buat sambal, kita buat kerabu makan dengan nasi panas-panas, memang tak payah lauk lain pun boleh bertambah nasi dalam pinggan. 


Resepi Kerabu Ikan Kembung Rebus Mudah Dan Sedap

Resepi Kerabu Ikan Kembung Rebus Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung direbus, dibuang tulang dan diambil isinya

2 ulas bawang besar, dihiris halus

2 keping asam gelugur

1 kuntum bunga kantan (optional)

Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar

1 batang serai, dipotong kecil

5 tangkai cili padi (kalau suka pedas, boleh tambah)

3 ulas bawang merah


Resepi Kerabu Ikan Kembung Rebus Mudah Dan Sedap

  • Ikan yang telah diperisi, ditumbuk tapi jangan terlalu hancur atau boleh juga di ramas. Berhati-hati sewaktu meramas, bimbang tertusuk tulang halus.
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi bersama bawang besar hingga nampak agak layu.
  • Masukkan isi ikan dan bunga kantan, kacau biar sebati, tambah 1/2 mangkuk air supaya isi ikan bahan tumis menjadi mesra
  • Masukkan asam gelugur dan garam secukupnya. Kacau dan pastikan dengan api sederhana dan harus kerap dikacau supaya tidak melekat atau hangit.
  • Masak kerabu ikan kembung rebus ni hingga agak kering ikut kesukaan. Siap dan boleh dihidang dengan nasi panas atau pulut tanak.


Nota :

Kalau suka letak kacang, boleh lah digoreng dan ditumbuk serta dicampur dalam kerabu Selain ikan kembung, boleh juga dibuat dengan ikan sardin, ikan tongkol atau ikan selayang.

Post a Comment

0 Comments