Resepi Goreng Pisang Rangup Di Makan & Sedap

Resepi Goreng Pisang Rangup Di Makan & Sedap  | Bayangkan bila beli pisang goreng di gerai, balik rumah dan makan, jari penuh berminyak. Memang terus pangkah gerai tu, dahlah guna pisang terlampau masak, sampai rasa boleh perah minyak dari pisang goreng tu. Umi memang suka pisang goreng yang bersalut tepung yang rangup dan tidak serap minyak, pastu ada kriuk kriuk dia sekali. Memang fefeeling mengunyah dengan rangup dan nikmat terasa.

Bukan semua gerai yang jual pisang goreng tak sedap, ada juga tapi banyak yang dah tak ada. Lebih menyedihkan bila guna tepung yang dah siap dibungkus, cuma masukkan air. Memang cukup tak menarik perhatian umi tapi kekadang anak-anak pergi beli, makan jugalah, siap pesan untuk tidak beli lagi.

Resepi Goreng Pisang Rangup Di Makan & Sedap 


Pisang juga memainkan peranan, kalau nak sedap jangan terlampau masak, jangan terlalu lembik. Kalau dah begitu, buat cekodok pisang jer la. Kalau umi, memang suka pisang tanduk atau pisang nangka, yang punya rasa masam dan dicicah cili kicap. Paling tidak pun pisang abu pun sedap atau pisang lemak manis dengan gorengan kekuningan, menambah selera pada mata dan perut.


Bahan-bahan:

1 biji pisang tanduk, dibuang kulit dan dipotong menyerong

2 1/2 mangkuk tepung beras

2 sudu tepung gandum

1 sudu air kapur makan

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

1/2 cawan air sejuk (dari peti sejuk)

Resepi Goreng Pisang Rangup Di Makan & Sedap 


Cara membuatnya:

  1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, garam, serbuk kunyit, air kapur serta air ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga semua bahan sebati dengan tekstur adunan tepung tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  2. Panaskan minyak, ambil sesudu minyak yang tengah panas, masukkan sedikit ke dalam adunan tepung. Kacau dan biarkan sebati.
  3. Pisang tanduk yang sudah dipotong menyerong, dimasukkan kedalam adunan.
  4. Ambil pisang yang disadurkan adunan, goreng dengan api,jangan terlampau kuat. Sebaiknya guna penyepit supaya mudah untuk dibalik-balikkan. Angkat pisang yang nampak kekuningan, toskan

Resepi Goreng Pisang Rangup DiMakan & Sedap 

Lebihan tepung tu umi campurkan dengan hirisan bawang kecil dan cili kering dan dituang ke dalam kuali macam buat cucur udang. Memang sedap dan tidak membazir.

Tip menggoreng pisang

  • Pastikan anda menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng dengan minyak yang betul-betul panas dengan api yang kuat pada awal dan sederhana bila pisang sedang digoreng.

Post a Comment

1 Comments