Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Johor

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Johor | Pasti ramai peminat asam pedas menyukai asam pedas ikan mayong ni kan termasuk umi. Ikan mayong antara ikan yang sedap dibuat asam pedas selain masak cuka, baca SINI

Banyak versi asam pedas seperti asam pedas Melaka, asam pedas Johor , asam pedas utara dan ada versi jenis berempah yang kerap jugak umi buat.  Apa pun makin pekat dan masam asam pedas tu, bermakna kalau masak nasi tu pastikan masak extra.

Asam Pedas Ikan Mayong Johor

Jom kita memasak


Bahan-bahan

500 gm ikan mayong, dibelah

4 sudu besar cili kisar

1 kuntum bunga kantan - belah 2

1 ikat daun kesum

1 batang serai, diketuk

1 mangkuk asam jawa pekat, dibancuh dengan air panas

1/4 sudu kecil gula - optional


Bahan untuk dikisar

1 labu bawang merah

3 ulas bawang putih

Sedikit belacan, dibakar.

1/2 inci halia

1/2 inci kunyit hidup

1/2 sudu lada hitam


Sayuran Hiasan

Bendi dan Tomato


Cara membuatnya 

  • Panaskan minyak dengan kuantiti agak banyak dan tumis serai hingga kekuningan dan masukkan bahan kisar sehingga naik wangi dan betul-betul garing dan pecah minyak. 
  • Masukkan air, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dengan api perlahan supaya rasanya betul betul sebati.
Asam Pedas Ikan Mayong Johor


  • Setelah mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ikan, pastikan api sederhana dan masak hingga ikan menjadi masak tapi tidak hancur
  • Akhir sekali masukkan bendi dan tomato serta serbuk perasa Maggi, jika suka. Siap!

Selamat mencuba


Post a Comment

0 Comments