Pisang Rebus Utara Menu Minum Petang

Pisang Rebus Utara Menu Minum Petang | Lazimnya pisang rebus ni dimakan waktu pagi kalau di kampung-kampung dan dijadikan bekalan oleh pesawah seperti Allahyarham bapa mertua di Kedah, juga penoreh getah dan nelayan sebab  bekalan ini tidak mudah rosak dan basi. Paling penting, pisang rebus menjadi pembekal tenaga untuk menggantikan nasi.

Pisang Rebus Utara Menu Minum Petang

Dulu masa umi kecil, bonda rajin buat pisang rebus dan cicah dengan kelapa parut dan gula. Tapi tu dulu, berpuluh tahun sudah dan kini umi pulak teringin dah lama, dan kini dah terlaksana. 


Cara membuatnya:

  • Pisang direbus hingga kulit pisang bertukar warna atau boleh dikukus sekiranya pisang tersebut dah nampak masak. Masukkan garam sedikit. Kalau nak baunya lebih wangi, masukkan daun pandan.
  • Selesai masak, toskan. Jangka masa direbus dalam 40 minit kerana kulit pisang ni sangat tebal.
  • Kelapa parut (bahagian putih) digaul dengan sedikit garam dan gula, biar rata.
Pisang Rebus Utara Menu Minum Petang


  • Pisang rebus dikupas kulitnya, dihiris dan digaul dengan kelapa parut dan sedia untuk dimakan. Ada juga yang suka makan pisang rebus dengan dicicah gula pasir atau gula melaka (gula kabung).

Cukup mudah, jangkamasa merebus dalam 15 - 20 minit tapi disebabkan pisang ni berkulit tebal, jadi saya rebus pisang ni dalam 40 minit. 

Kalau pisang terlebih masak, sebaiknya dikukus supaya tidak lembik dimasukkan air bila direbus. Tapi mengukus lebih baik untuk mengekalkan rasa pisang dan mengekalkan keadaan pisang agar tidak lembik dan 'masuk air'.

Kebiasaannya pisang abu, pisang nipah atau pisang awak sangat sesuai dijadikan pisang rebus tapi terpulang pada selera masing-masing.

Pisang rebus biasanya dimakan sebagai menu hidangan pagi oleh orang-orang kampung, pisang goreng pula dimakan waktu petang.

Post a Comment

0 Comments