Gulai Ikan Nyok-Nyok Sedap Dan Mudah

Gulai Ikan Nyok-Nyok Sedap Dan Mudah | Ikan nyok-nyok ni rasanya memang manis dan isinya lembut. Jujurnya saya lebih menyukai isi ikan nyok-nyok berbanding ikan tenggiri tapi ikan tenggiri lebih banyak isi dan harga ikan nyok-nyok jauh lebih murah iaitu RM35 sekilo dan kalau ikan tenggiri tu RM40 sekilo.

Sesiapa yang tak pernah rasa, memang wajib beli dan rasa ikan nyok-nyok yang sedap ni dan boleh dibuat masak asam pedas dan banyak lagi. Jom memasak!


Gulai Ikan Nyok-Nyok Sedap Dan Mudah


Bahan-Bahan 

1 ekor ikan Nyok-Nyok, dipotong 4

2 ulas bawang putih 

3 ulas bawang merah 

2 tangkai daun kari 

1 sdk halba campur 

3 sudu rempah kari, dicampur air

2 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas)

Air asam jawa 

Santan segar (RM2)


Bahan Tambahan

Tomato 


Cara-Cara 

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. 
  • Masukkan rempah kari serta air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan garing tapi jangan hangit
  • Masukkan santan dan kacau sebati. Tambah sedikit air dan pastikan dimasak dengan api sederhana
  • Apabila kuah mendidih, masukkan ikan.  
Gulai Ikan Nyok-Nyok Sedap Dan Mudah


  • Masukkan bendi. Masak seketika. 
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan rasa masamnya. Tambah air asam jawa, jika perlu. 
  • Akhir sekali masukkan tomato. 

Post a Comment

0 Comments