Resepi Sotong Masak Padang

 

 

Resepi Sotong Masak Padang | Siapa peminat Masakan Padang tu, boleh la cuba resepi mudah buat menambat hati sendiri dan suami.

Dah tak perlu ke kedai Minang sebab kita boleh masak sendiri. Cukup sedap dan mudah! Tak percaya? cubalah masak sendiri

Resepi Sotong Masak Padang


Bahan-bahan:
1 kg sotong saiz sederhana
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam
1 helai daun kunyit, dihiris
2 kotak santan
1 batang serai, dititik
3 keping hirisan lengkuas, diketuk
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar:
7 tangkai cili kering, dibuang biji
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh biji ketumbar
1/4 sudu teh jintan manis
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras


Cara memasaknya:

  • Bersihkan sotong, cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan minyak, kacau hingga mendidih, kemudian masukkan daun salam, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Biar mendidih.
  • Masukkan sotong dan asam gelugur. Perlahankan api supaya sotong dimasak sempurna dan kuah menjadi agak pekat. 
  • Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments