Resepi Sayur Manis Rebung Buluh Tumpat

Resepi Sayur Manis Rebung Buluh Tumpat | Alhamdulillah, pokok buluh tumpat yang ditanam 10 tahun lalu telah mendatangkan hasilnya. Ada kawan kata, lamanya nak dapat hasil.  Sebenarnya ada jer rebung tumbuh sebelum ni tapi baik saya mahupun suami tak pernah kisah.  Sejak PKP ni suami kena WFH dan umi pulak dah tak bekerja jadi tu yang nampak benda macam ni tu.

Memang sedap dan manis tanpa gula rasa rebung ni. Rasa nak kunyah jer  dan yang pasti tidak pasti. Jom la cuba resepi yang telah umi buat ni.  Memang recommended sangat

Resepi Sayur Manis Rebung Buluh Tumpat


Bahan-bahan

Rebung muda

4 -5 ekor udang, dibuang kulit

2 ulas bawang merah

1/2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 tangkai cili kering / 3 biji cili merah

1 mangkuk air

Garam secukup rasa

Resepi Sayur Manis Rebung Buluh Tumpat


Cara membuatnya:

  • Rebung yang dikerat dari rumpun buluh, dibersihkan dan direndam dengan air garam dalam 10 -1 5 minit. Toskan dan cincang atau sagat rebung secara memanjang.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili hingga layu, kemudian masukkan udang segar.
  • Masukkan air dan masukkan rebung.  Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!



Nota : 

  • Kalau di kampung suami, sayur manis rebung dimasak tanpa udang atau ikan bilis atau telur dan memasukkan gula supaya ada rasa manis. Gula tidak dimasukkan kerana bagi saya masakkan ini sudah cukup rasa manisnya.
  • Rebung direbus supaya lembut dan buang rasa pahit tapi saya tidak merebusnya kerana sukakan rasa crunchy dan rebung buluh tumpat ini tidak pahit langsung.


Post a Comment

0 Comments