Resepi Rebung Masak Lemak Putih Dengan Pucuk Manis

Resepi Rebung Masak Lemak Putih Dengan Pucuk Manis | Memang tak sangka rupanya rebung dari pokok buluh tumpat, yang diambil benihnya dari rumah kakak di Taiping rupanya boleh di makan. Dah 10 tahun pokok buluh tu menghiasi laman dan beranak pinak tapi tak pernah pula umi ambil tahun. Tapi entah macam mana DH boleh pulak terfikir nak ambil bila nampak ada 3 anak rebung sedang tumbuh.  

Kata DH, kawan-kawan sekolah dia cakap rebung ni boleh dimakan, lebih sedap dari rebung buluh. Tak puashati dan nakkan kepastian, DH pun bertanya abang dan kakak ipar, keduanya pun kata memang boleh makan.

Resepi Rebung Masak Lemak Putih Dengan Pucuk Manis


Jadi umi nak kongsi resepi sedap rebung ni yang ditambah dengan daun pucuk manis sebab 3 batang rebung tu tidaklah berapa banyak.


Bahan-bahan:

Rebung segar, dicincang 

200 gm pucuk manis

250 gm santan Ayam Brand

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

2 tangkai cili merah, dihiris

3 tangkai cili api, dihiris (jika suka pedas)

sedikit udang atau ikan bilis

Garam secukup rasa


Cara penyediaan:

  • Pucuk manis, dilurutkan dari tangkai, direndam dalam air campur garam dalam 10 minit untuk memastikan ulat daun tidak melekat. Toskan
  • Rebung tumpat yang dibersihkan, dipotong dan direndam dalam air garam dalam 20 - 30 minit.  Toskan


Cara memasaknya:-

  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih serta cili merah.  Masak dengan api sederhana dan kacau dengan kerap supaya tidak pecah minyak.
  • Masukkan udang/ikan bilis dan kemudian rebung. Masak  seketika dan masukkan daun pucuk manis. Bila daun nampak layu dan santan nampak hampir mendidih, tutup api dan perasakan dengan garam.

Post a Comment

0 Comments