Resepi Padprik Ayam Sedap Dan Mudah

Resepi Padprik Ayam Sedap Dan Mudah | Kalau ke kedai tomyam, ni adalah antara lauk yang jadi kegemaran kami sekeluarga dan kalau nak makan ringkas, nasi goreng padprik ayam juga jadi pilihan.

Sebenarnya tidak susah pun nak buat Padprik Ayam ni, paling penting harus ada pes tomyam, memang mudah, cepat dan yang pasti memang sedap

Resepi Padprik Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

350 gm isi ayam, dipotong kecil

2 biji bawang putih, diketuk

5 helai daun limau purut

3 sudu pes tomyam

2 sudu besar cili kisar

21/2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

Sedikit air dan garam secukup rasa

Minyak (untuk menumis)


Bahan hiasan

1 biji bawang besar, dihiris

1/2 lobak merah, dipotong memanjang

1 bungkus jagung, dipotong ikut suka

1/2 lada benggala, dihiris atau dipotong ikut suka)

Bunga kobis, dipotong kecil


Cara cara memasak

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan kacau biar sebati dengan bahan yang dimasak tadi.
  • Apabila masakan nampak masak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar. Letakkan sedikit garam. Kacau hingga kuah menjadi pekat.  Siap.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


Nota:

Ada yang sukakan pekat dengan menggunakan tepung jagung yang dicampur dengan air dan dituang ketika kesemua bahan nampak sudah masak.

Post a Comment

0 Comments