Resepi Sambal Kelapa Mentah Sedap Dan Mudah

Resepi Sambal Kelapa Mentah Sedap Dan Mudah | Nasi kelapa favorite kami seisi keluarga dan satu kemestian bila umi buat nasi lemak. Bagi umi pulak kalau sambal ni ada lebih, masukkan dalam telur, sebatikan dan buat telur dadar dan nak lagi sedap letak bwang banyak. Memang tak pandang lauk lain dah.

Selain dimakan dengan ulam, sambal kelapa ni sedap dimakan dengan pulut, dibulatkan pulut tu lepastu golek-golekan atas sambal kelapa ni. Sedap!

Resepi Sambal Kelapa Mentah Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

10 batang cili kering, dibuang biji

1/2 inci belacan - kalau tak bubuh pun tak pe

5 biji cili api

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Asam jawa

Cuka (optional)


Cara membuatnya:

  • Cili yang telah dibuang biji, direndam dan ditoskan.
  • Tumbuk cili kering, cili api bersama belacan hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa kelapa dan ditumbuk hingga sebati dengan cili yang ditumbuk.  
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk jangan sampai hancur. Perasakan dengan garam secukupnya.  Siap!

Kalau inginkan sambal kelapa tahan lama, boleh disangai hingga kering


Nota :

  • Sambal Kelapa ni sedap dimakan dengan pucuk gajus, daun selom, ulam raja seperti kerabu tapi tidak dicampurkan seperti kerabu
  • Kalau masak nasi lemak, sambal kelapa antara sambal yang wajib ada selain sambal tumis dan sambal mentah.



Post a Comment

0 Comments