Resepi Rendang Ayam Pedas Sedap Dan Mudah

 Resepi Rendang Ayam Pedas Sedap Dan Mudah | Lauk kegemaran kedua-dua hero bujangan dan bila dihidang tu pasti bertambah nasi dalam pinggan.

Lauk ini memang sedap sekiranya kita masukkan serai lebih dan letak cili api extra, memang terangkat la hingga lupa lauk yang lain. Kalau saya sangat suka diletakkan daun kunyit melebihi 


Resepi Rendang Ayam Pedas Sedap Dan Mudah

Rendang Ayam Pedas

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
3 senduk cili giling
10 tangkai cili api
2 kg santan
3 sudu kerisek
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit, dihiris halus
3 helai daun limau purut (optional)
Garam secukup rasa


Bahan A - dikisar
10 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci lengkuas 


Cara membuatnya
  • Tumis bahan A hingga naik bau wangi dan masukkan cili kisar, tumis sehingga cili betul-betul masak.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati sehingga ayam kecut. Masukkan santan dan biarkan menjadi mesra dengan bahan dan ayam. Masak dengan api sederhana.
  • Akhir sekali masukkan kerisek, garam dan sedikit gula. 
  • Masukkan asam gelugur dan taburkan daun kunyit yang dihiris.  Masak sehingga kuah pekat, kering dan pecah minyak. Siap!

Post a Comment

1 Comments

  1. Mesti sedap ni kak, dana tingin buat rendang kerang ni... tapi lum sempat cari kerang

    ReplyDelete