Resepi Lala Masak Pedas Manis Sedap Dan Mudah

Resepi Lala Masak Pedas Manis Sedap Dan Mudah | Lauk kegemaran Kak Yang Amanda ni sebagai peminat utama dan kalau dia ada di rumah, memang dia la jadi tukang masaknya.

Kalau makan di Restoran Thai atau gerai masakan tomyam, pasti ada antara menunya tapi buat family besar, lebih berbaloi kalau dimasak sebab mudah saja resepinya. Kalau makan di kedai tu pulak kuantiti pun tak berapa banyak tapi harganya pun agak mahal.


Resepi Lala Masak Pedas Manis Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan

½ kg Lala (1 kampit)

1 batang serai - dititik

4 sudu sos tiram

2 sudu tomato sos

2 sudu kicap pekat

½ cawan air - tambah jika perlu

1 biji cili merah / hijau

daun kari


Bahan untuk ditumbuk:

10 biji cili api    

1 labu bawang besar                     

3 ulas bawang putih                    

1 inci halia                                              


Cara membersih lala:

Lala dimasukkan ke dalam besen berisi air hingga menutupi dan letakkan garam.  Tutup dan biar dalam 30 minit dan kemudian bersihkan kotoran, pasir dan selut pada lala. Toskan 


Cara memasaknya:

  • Tumiskan serai yang dititik hingga kekuningan dan masukkan bahan yang ditumbuk, dimasak hingga kekuningan dan masukkan daun kari.
  • Masukkan lala dan air, biarkan dimasak sehingga ia lala separuh terbuka
  • Masukkan sos tiram, kicap, sos, masak seketika dan kacau hingga sebati
  • Masukkan cili hijau / merah sebagai hiasan dan tutup api. Siap!

Lagi Resepi Untuk Dicuba



Post a Comment

0 Comments