Resepi Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

Resepi Kuah Kacang Sedap Dan Mudah | Resepi Kuah Kacang ala masakan bonda ni memang cukup kami gemari dan tak jemu untuk di ulang dan ulang.  Mana taknya resepi kuah kacang ni cukup rasa pedas, manis dan manis, lagi sedap kalau dapat makan dengan kuah lontong memang berpinggan la kami menambah. 

Resepi Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

Ada sesetengah orang memasak kuah kacang dengan mencampurkan lemak atau daging yang dihiris kecil untuk menambah rasa sedap dan berlemak dan bagi saya pula, saya kan memasukkan sedikit kerisik untuk memberikan rasa lemak tersebut.


Bahan-Bahan:

1 kg kacang tanah

1 batang serai, diketuk

2 keping gula melaka

1 mangkuk kecil air asam jawa

garam secukup rasa


Bahan B - dikisar

20 tangkai cili kering, buang biji, direndam dengan air panas dan dikisar halus

1 inci belacan (kalau alergik, tak perlu bubuh pun tak apa)


Bahan C - dikisar

10 ulas bawang merah

7 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci lengkuas

4 batang serai

1/2 gengam udang kering


Cara Memasaknya:

  • Panaskan minyak dan goreng kacang tanah , angkat dan sejukkan.  Setelah sejuk, boleh la dikisar tanpa membuat kulitnya.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar bersama cili kisar. Goreng sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan kacang tanah yang dikisar dan air secukupnya. Kacau biar sebati dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Resepi Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

  • Masukkan gula melaka, air asam jawa. kerisik dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Siap!


Post a Comment

0 Comments