Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut Tidak Hamis

Pertama kali masak kari daging kambing ni memang berdebar sebab paling bimbang kalau bila makan daging berbau hamis bukan untuk diri sendiri tapi untuk keluarga. Dah la daging kambing berharga RM40 sekilo, memang agak mahal kan. Dan kalau hamis mau menyorok kat bucu katil..hehe

Alhamdulillah, resepi kari kambing sedap tidak hamis dan mudah ni mendapat pujian ahli keluarga sampai tak sabar nak buat kari kambing lagi dan lagi.

Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut


Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut 

Tak perlu guna pressure cooker kalau ada periuk tanah macam ni sebab daging boleh jadi lembut jugak. 

Ada petua untuk lembutkan daging, boleh cuba kat SINI


Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut 

Bahan-bahan:

1 kilo daging kambing campur tulang

2 mangkuk santan

2 sudu yogurt (kalau suka)

2 biji tomato, dipotong baji 

2 biji kentang, dipotong 

2 batang daun ketumbar


Bahan untuk menumis:

2 inci kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 sudu jintan manis

2 tangkai daun kari

2 sudu besar serbuk kari ikan

2 sudu besar serbuk kari daging

2 sudu besar rempah kurma daging (optional)

1 sudu serbuk cili


Bahan untuk kisar:

10 ulas bawang merah kecil

7 ulas bawang putih

2 inci Halia


Cara memasaknya:

  • Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) seketika kemudian masukkan jintan manis dan daun kari.  Goreng seketika 


Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut

  • Masukkan bahan yang dikisar, dimasak hingga naik bau dan kemudian masukkan daging kambing. Kacau biar sebati
  • Masukkan serbuk kunyit dan biar direnih sehingga sebati. Tambahkan air secukupnya sehingga menutupi daging  kambing.
  • Bila kuah dah menjadi agak kering, masukkan rempah kari ikan, rempah kari daging/ayam, rempah kurma serta serbuk cili. Tambah air dan tutup periuk dan biarkan daging dimasak hingga sebati dengan rempah. Kacau seberapa kerap supaya kuah tidak menjadi kering.


Resepi Kari Daging Kambing Sedap Dan Lembut

  • Bila kuah menjadi kering dan daging nampak sebati dengan rempah, masukkan santan dan yogurt. Kacau dan masukkan kentang serta tomato.  Biarkan masakan direnih dan mendidih. Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.


Selamat mencuba


Tips : 

  • Bagi menghilangkan bau hamis pada daging kambing, cucikan daging kambing dengan serbuk kunyit dan ada yang menggunakan tepung. Selain dari tu lebihkan sukatan kunyit di dalam masakan.
  • Kalau tak letak santan pun kari kambing ni masih sedap tapi kurang lemak sebab selera orang Melayu kalau buat kari atau gulai mesti guna santan kan.

Post a Comment

0 Comments