Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah

Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah | Cicah makan dengan Sambal Kicap. Dah lama umi nak buat Getuk ubi kayu ni tapi bila dapat ubi kayu jer memang terus buat peknga sebab suka pedas-pedas dan rasa lemak ubi kayu.  Tapi kali ini memang dah nekad nak buat Getuk Ubi Kayu dan maka terjadilah menu makan petang kami.

Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah

Bila makan tadi teringat memakan getuk ubi kayu ni dulu, dengan saiz sebesar bola pingpong, kuning cerah, manis dan lembut isi dalamnya dan agak rangup luarnya.  Memang sedap. Tapi kali ini saya tambah dengan sambal kicap ala makan goreng pisang di Johor. Gandingan yang cukup sedap!


Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

2 cawan ubi kayu - direbus

1 cawan kelapa parut (putih)

1/2 cawan gula

secubit garam halus


Bahan untuk saduran 

1 cawan tepung beras

1/2 cawan air

Pewarna kuning atau serbuk kunyit

1/2 sudu kecil garam

* campurkan macam adunan untuk pisang goreng. Jangan terlalu cair atau pekat.


Cara-cara membuatnya

1. Rebus ubi kayu sampai agak lembut. Toskan dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam.

2. Gaul hingga sebati dan kemudian kepal-kepalkan hinga menjadi bulat (ikut saiz kesukaan)

Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah

3. Celupkan  di dalam adunan dan digoreng hingga bertukar kekuningan gelap. Pastikan api sederhana. Dah siap kesemuanya boleh la dimakan terus atau cicah dengan sambal kicap.


Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan

15 biji cili api

kicap manis

1 ulas bawang putih

gula gerek

garam secukup rasa


Resepi Getuk Ubi Kayu Sedap Dan Mudah


Cara membuatnya:

Tumbuk kesemua bahan dengan lumat dan masukkan garam secukupnya.

Masukkan bahan yang ditumbuk didalam kuali.  Masak hingga menjadi kering dan 

Post a Comment

0 Comments