Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas Sedap Dan Mudah

Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas Sedap Dan Mudah | Kombinasi nenas dan udang ni memang tak pernah tak menggiurkan dan lauk ni memang menjadi kesukaan dan pembuka selera untuk anak-anak umi.  Kalau masak lauk ni memang kena masak nasi extra la jawabnya sebab hero-hero bujang tu memang sakan makan. Memang seronok tengok anak-anak makan dan nanti bila diaorang dah kahwin memang tak ada momen sebegini dah kan.


Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas, resepi terbaik untuk penggemar udang dan masak lemak cili api dan kalau penggemar makanan pedas tu wajib tambah cili api dari kadar dalam resepi tu sebab lagi lepas lagi kick!

Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas


Bahan-Bahan:

1/2 kilogram udang 

1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

2 batang serai, diketuk

3 cawan santan

garam

gula (optional)


Bahan untuk di kisar:

20 biji cili padi

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 1/2 inci kunyit hidup


Cara Memasaknya:

  • Masukkan bahan kisar serta serai didalam periuk dengan 1 mangkuk air. Renih dengan api sederhana hingga air menjadi sikit.
  • Masukkan nenas, santan dan daun kunyit, masak sehingga nenas lembut. Kacau dengan kerap supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan gula sedikit (optional)
Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas


  • Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
  • Tutup api perasankan dengan garam secukup rasa. Siap!


Resepi lain yang boleh dicuba:

Post a Comment

0 Comments