Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah

Resipi Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah | Memang mudah tapi sedap. Selalu kalau makan soto tanpa begedil ni memang tak lengkap tapi begedil ni kalau makan begitu saja pun dah sedap.

Kalau nak begedil sedap kena guna kentang yang jenis tempatan atau asia tu dan bukan kentang USA atu russet tu sebab rasanya kurang sedap kalau buat begedilyang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. 

Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah

Bahan-Bahan:

5 biji ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci

1 tin tuna Ayam Brand

1 biji bawang besar -  dipotong dadu

1 pokok daun sup -  hiris halus

1/2 sudu serbuk lada hitam

1 biji cili merah, cincang kasar 

bawang goreng

garam secukup rasa

1 biji telur ayam

Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:

Rebus kentang hingga empuk, toskan dan kemudian dilenyek hingga hancur.



Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah

Campurkan tuna flakes tanpa minyak (letak sedikit), bawang besar, cili potong, daun bawang, bawang goreng, serbuk lada hitam dan gaul ke dalam bekas berisi kentang, digaul hingga sebati.


Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah

Taburkan tepung dalam bekas dan kemudian cubit adunan kentang dan bulatkan. Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan pukul biar mesra.  Ambil bulatan kentang tersebut, leperkan dan celupkan didalam telur dan digoreng.

Begedil Tuna Ayam Brand Sedap Dan Mudah

Pastikan api tidak terlalu kuat dan terlalu perlahan dan dimasak hingga kekuningan, diangkat dan toskan.  Siap!


Resepi sedap untuk dicuba







Post a Comment

0 Comments