Resepi Yam And Sweet Potato Roll Sedap Dan Mudah

Resepi Yam And Sweet Potato Roll Sedap Dan Mudah | Kuih ni diinspirasi dari kuih ubi kayu getuk atau ubi kayu kepal yang pernah saya makan waktu kecil dahulu.  Kuih ubi kayu ni direbus dan dicampurkan dengan kelapa dan disalut dengan tepung dan kemudiannya di goreng. Agaknya ada yang pernah makan dan sama tak nama dengan yang saya panggil ubi kayu getuk tu? 

Resepi Yam And Sweet Potato Roll Sedap Dan Mudah


Tak kisah nak panggil ubi kayu getuk ke, ubi kayu kepal ke atau ubi kayu goreng pun boleh tapi saya nak kongsi resepi ilham sendiri yang sedap untuk dimakan waktu petang sambil santai kat laman rumah.


Resepi Yam And Sweet Potato Roll

Bahan

1 biji keladi

4 biji keledek ungu

2 sudu gula

Tepung Bestari / Tepung Adabi / Tepung Beras

sedikit garam

sedikit air


Cara membuatnya :

  • Basuh keladi dan keledek, kemudian kupas kulit keduanya dan direbus hingga empuk. Keduanya boleh direbus di dalam periuk yang sama
  • Toskan kedua ubi dan biarkan sejuk sebelum dilenyek keduanya sehingga lembut.
  • Masukkan sedikit gula dan garam ke dalam bahan yang dilenyek dan gaul hingga sebati. Tidak perlu masukkan air! 
  • Ambil beberapa sudu tepung (Tepung Bestari / Tepung Adabi / Tepung Beras) dan campurkan air (macam buat tepung salut goreng pisang yang tidak terlalu pekat dan terlalu cair) dan letak secubit garam.
  • Panaskan minyak didalam kuali (minyak banyak macam masak goreng pisang)
  • Cubit sedikit adunan dan bulatkan atau leperkan ikut kesukaan dan salutkan dalam adunan tepung, kaut dan masukkan ke dalam kuali. Bila nampak sudah masak, angkat dan letak ke dalam bekas berlapik tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Hidangkan dengan sos manis atau boleh dimakan begitu sahaja di waktu sarapan atau minum petang.


Resepi Sos Manis

5 sudu besar tepung gandum

3 helai daun pandan, dikisar dengan 2 cawan air dan ambil airnya 

sedikit gula

sedikit garam


Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau hingga sebati dan panaskan dengan api sederhana.
  • Kacau kerap supaya tepung tak bergumpal dan kacau hingga masak dan pekat. Siap!


Post a Comment

1 Comments