Resepi Sup Kepala Ikan Merah Mudah Dan Sedap Tidak Hanyir

Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap Tidak Hanyir | Sup yang cukup mudah dan sedap ni memang favorite Cik Meya selain cara masakan yang orang kata boleh tutup mata jer. Resepi sup ikan merah ni kalau orang kurang pandai memasak pun boleh buat dan paling mudah kalau buat resepi sup ikan merah adabi, kita guna je sup bunjut Adabi tak payah tumis pun boleh, yang pasti tak guna minyak kan.

Resepi Sup Kepala Ikan Merah Mudah Dan Sedap Tidak Hanyir


Kalau dapat ikan merah yang segar baru naik dari laut dan nak-nak pulak ikan tu bukan jenis yang terlalu besar tu memang tersangat sedap buat sup sebab manisnya boleh buat kita terlupa mak mertua depan mata hehee


Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap Tidak Hanyir


Bahan bahan:

Kepala Ikan merah

4 ulas bawang merah, ditumbuk kasar

2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar

2 inci halia, ditumbuk kasar

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang 

3 biji buah pelaga

1 sudu lada hitam, ditumbuk 

2 biji tomato, dibelah 4

Daun ketumbar, dihiris kasar

Daun sup dan daun bawang, dihiris kasar


Cara membuatnya:

  • Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang ditumbuk hingga agak kekuningan dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, digoreng hingga naik wangi.
  • Masukkan air secukupnya. Renih dengan api sederhana dan biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato serta daun ketumbar.
  • Akhirnya sekali masukkan lada hitam dan abur daun sup dan daun bawang. Tutup api dan taburkan garam secukup rasa.  Siap
  • Semasa dihidang tu boleh perahkan jus limau nipis kalau suka lebih masam.



Nota:
Ada sup ikan kepala ikan merah ni di makan dengan nasi panas serta sambal belacan berulam timun pun dah mencukup  atau nak lagi sedap celur kangkung dan buat ulam. Ni yang orang utara kata tak panggung kepala dah kalau tengah makan sup ni.


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :


Post a Comment

1 Comments

  1. sedapnya kak, ikan merah ni selain asam pedas, kari dibuat sup memang layan

    ReplyDelete