Resepi Puding Karamel Ringkas Dan Sedap

Resepi Puding Karamel Ringkas Dan Sedap | Siapa peminat Puding Karamel ni mesti kena buat sebab boleh makan sepuas-puasnya.  Beberapa hari lepas, en suami ada membeli puding ni tapi mak aihh harga RM5 sebekas. Gulp!

Apa pun jom cuba resepi ringkas dan sedap ni dan paling penting dapa t melihat anak-anak membesar depan mata.


Resepi Puding Karamel Ringkas Dan Sedap

Bahan 

5 biji telur ayam (gred B)

1 tin susu cair

125 ml susu segar

50 gm gula

1 sudu kecil esen vanilla


Bahan untuk karamel

60 g gula

1 sudu besar air


Cara membuatnya:

Membuat karamel.

  • Masukkan gula ke dalam loyang dan api sederhana. Kacau, biar semuanya cair menjadi warna perang. Jangan perang sangat, nanti karamel pahit.
  • Dah perang dan cair semua gula, masukkan sesudu besar air dan kacau secepat mungkin. Bagi semuanya kembali sekata. Apabila letak air, akan bergumpal, jadi teruskan kacau sehingga semuanya cair likat semula.
  • Sudah siap karamel, tutup api dan biarkan sehingga sejuk.
Resepi Puding Karamel Ringkas Dan Sedap


Cara membuat puding

  • Masukkan telur di dalam mangkuk dan kacau Buang pusat telur supaya puding tidak berbau hanyir  telur. Letak esen vanilla dan gula juga. Kacau hingga sebati.
  • Selepas semua sebati, masukkan susu cair dan susu kotak, kacau semula dan bila sudah sebati, tapis acuan puding tadi sebelum meletakkanya di dalam loyang berisi karamel.
  • Letakkan foil atau kain dipenutup pengukus supaya wap air tidak jatuh ke dalam acuan puding
  • Kukus selama 30 - 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
  • Selesai dikukus, biarkan sejuk di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Proses ini adalah untuk mengekalkan bentuk puding cantik. Dah sejuk suhu bilik, letak dalam petik sejuk dalam sejam. Selepas itu boleh terbalikkan ke dalam piring. Berhati-berhati.
  • Ambil pencungkil gigi dan cucuk di tengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna.  Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan 

Nota :

Jika ingin bakar, buat water bath dan tidak perlu tutup dengan foil. Bakar suhu 175°C selama atas puding telah sedikit keperangan.



Post a Comment

0 Comments