Resepi Kuih Cara Manis Sedap Dan Mudah

Resepi Kuih Cara Manis Sedap Dan Mudah | Kuih yang cukup mudah dan kos pun tidak mahal dalam membuat kuih sedap ni tapi tu la memang jarang nak membuatnya.

Resepi Kuih Cara Manis Sedap Dan Mudah

Bahan-Bahan A: 

1 cawan tepung gamdum

1/2 cawan santan pekat

1 biji telur

3 sudu makan minyak masak

1 1/2 cawan air + 7 helai daun pandan 

Sedikit garam

Pewarna hijau (optional)


Cara : Kisar daun pandan dengan air dan tapis untuk diambil airnya


Bahan B: / untuk Inti

Gula pasir - lebih kurang 1/3 sudu teh bagi setiap kuih cara


Bahan C: / untuk sapuan pada dasar loyang

1 helai daun pandan, dilipat dan diikat serta  dan dikoyak-koyakkan.

Sedikit minyak masak (masukkan dalam mangkuk)


Cara-caranya:

  1. Gaul kesemua bahan A di dalam mangkuk dan kisar.
  2. Panaskan loyang dengan api perlahan. Oleskan minyak pada dasar loyang menggunakan daun pandan tapi jangan sampai minyak bertakut
  3. Sendukkan adunan ke dalam loyang sehingga 3/4 penuh dan jangan terlalu penuh.
  4. Bila dasar adunan dah nampak masak, masukkan gula pasir dalam 1/3 sudu.
  5. Tutup loyang dengan penutup periuk dan biarkan kuih cara masak sepenuhnya (sehingga tidak kelihatan cecair tepung di atasnya).
  6. Keluarkan kuih cara dari loyang dan tangkupkan menjadikannya sepasang seperti buah kana

Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga adunan habis.

Post a Comment

0 Comments