Resepi Ikan Kurau Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas

Resepi Ikan Kurau Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas | Cik Meya memang suka sangat dengan ikan kurau jeruk atau ikan kurau masin, jadi stok ikan kurau tu memang sentiasa ada la walau tak banyak mana.  

Sebenarnya kalau beli ikan masin kurau ni memang boleh kempis poket sebab harga ikan masin kurau ni RM80 sekilo dan lazimnya umi akan membeli 3 atau 4 keratan ikan kurau dan harganya dah sampai RM20 ke RM25 sebab isi ikan kurau ni tebal jadi memang berat la kalau ditimbang.

Resepi Ikan Kurau Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas

Selain dimasak masak lemak cili api, isi ikan kurau ni sedap di buat masak asam kering atau buat goreng letak bawang dan cili pun memang menambah nasi di pinggan.


Bahan-bahan:

3 potong ikan kurau

1 biji nenas, dibuang kulit dan 

2 keping asam gelugur 

2 batang serai, dititik

1 liter santan cair

300 ml santan pekat

Garam secukup rasa


Bahan Kisar

30 biji cili padi

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3/4 inci kunyit hidup

1/2 inci halia


Resepi Ikan Kurau Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas


Cara memasaknya:

  • Isi ikan dipotong dalam saiz 1 x 2 inci, dibasuh dan ditoskan
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama 1 mangkuk air, serai yang dititik, asam gelugor dan sedikit garam. Masak dengan api sederhana hingga menjadi agak kering
  • Masukkan nenas, gaul rata supaya sebati dengan cili dan dimasak hingga nenas nampak layu
  • Tuang santan cair, kacau dan masukkan ikan masin kurau, kacau lagi 
Resepi Ikan Kurau Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas

  • Masukkan pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (jika suka). Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu dan bila nampak mendidih, tutup api. Siap

Post a Comment

0 Comments