Resepi Ayam Masak Putih Utara Sedap Memikat

Resepi Ayam Masak Putih Utara Yang Sedap Memikat | Masakan ni juga dipanggil ayam masak kurma tapi resepi ayam masak putih utara sedap memikat  yang saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.  Pertama kali melihat Allahyarhamah ibu mertua memasak dan pertama kali dapat merasa, memang ianya lauk yang cukup terbaik! Padu bak kata orang masakini.

Resepi Ayam Masak Putih Utara Sedap Memikat

Masakan Ayam Masak Putih Utara ni, kalau dipanaskan ia akan menjadi pekat dan sebati, malah lauk ni pun sudah mencukupi membuat kita bertambah nasi di pinggan.


Resepi Ayam Masak Putih Utara Sedap Memikat

Bahan-bahan

500 gm ayam

4 sudu besar rempah kurma ayam

2 cawan santan pekat

asam gelugur

Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar

1/2 in lengkuas

1/2 cawan kelapa parut (yang putih)

1 or 2 batang serai


Bahan Hiasan 

2 biji tomato (dipotong 4)

2 biji kentang

2 biji cili masak

1 biji bawang besar (dipotong baji)



Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang hingga naik bau


  • Masukkan bahan yang dikisar dan rempah kurma, dikacau hingga hampir kering
  • Masukkan ayam, dikacau supaya sebati, tambah air  jika perlu untuk memastikan ayam bersalut dengan rempah 
  • Bila nampak ayam dah masak, masukkan santan dan kacau dan dimasak hingga mendidih
  • Masukkan kentang dan dibiarkan hingga kentang empuk
  • Masukkan bawang besar dan cili masak, masak dalam 5 min dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya

Selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments