Resepi Sup Kambing Berempah Sangat Mudah Dan Sedap Memikat

Resepi Sup Kambing Berempah Sangat Mudah Dan Sedap Memikat  | Dah berkali buat gulai kambing, daging kambing bakar jadi kali ni saya mencuba memasak sup kambing berempah pulak. Rindu nak makan yang sup kambing dekat pekan Setapak yang sedap tu dah lama tak kesampaian dan terfikir apa salahnya saya mencuba memasak pulak dengan menggoogle resepi. 

Akhirnya resepi sup kambing azie kitchen jadi pilihan dengan mengolah sikit sebabnya saya tiada pressure cooker. Memandangkan dah jadi surirumah sepenuh masa ni kena la belajar memasak benda yang selalu kita makan kat kedai, kini boleh makan dengan kuantiti yang banyak..hehee dan ikut selera kita.

Resepi Sup Kambing Berempah Sangat Mudah Dan Sedap Memikat 


Alhamdulillah, dapatlah makan dengan puas dan rasa puashati dengan rasa masakan sendiri ni malahan bonda pun kata sedap dan paling penting TIDAK liat. Bukan pertama kali memasak daging lembu atau daging kambing menggunakan periuk tembikar ni, so sesiapa yang tidak mampu miliki pressure cooker ni boleh la cari periuk tembikar untuk dapatkan daging lembut bila dimasak.

Nak tahu cara melembutkan daging, baca 23 Cara Melembutkan Daging


Resepi Sup Kambing Berempah Sangat Mudah Dan Sedap Memikat 

Bahan-bahan:

1.5 daging dan tulang kambing

Rempah 4 sekawan 

2 biji kentang, dipotong 4

2 biji lobak merah

2 biji tomato

daun sup/daun bawang



Bahan A - kisar:

1 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci halia

2 sudu besar lada hitam biji


Bahan B:

1 sudu besar rempah sup/kurma

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk lada sulah


Cara cara:

  • Rebus isi dan tulang daging kambing hingga empuk. Bagi yang punya pressure cooker boleh la guna tapi saya menggunakan periuk tembikar untuk merebus dan merenih daging. Campurkan bawang kuning dan akar ketumbar. Masak dengan api sederhana dan tutup periuk. Buka tutup periuk supaya air tidak melimpah keluar.


  • Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Gaul biar mesra dan sebati.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan  hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah dicampur tadi, dimasak hingga naik wangi. 
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk berisi daging kambing yang sedang direnih. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. Kacau biar sebati dan tutup periuk.
  • Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan dalam 5 minit atau hingga keduanya lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Biar seketika dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap


Selamat mencuba!


Nota:

  • Bila menghidang sup kambing berempah ni boleh ditaburkan bawang goreng dan daun bawang. 
  • Kalau dah jemu makan dengan nasi boleh dibuat cicah dengan roti.

Post a Comment

0 Comments