Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Putih Rangup Dan Sedap

Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Putih Rangup Dan Sedap | Masak lemak putih jantung pisang ni saya syorkan guna jantung dari pokok pisang hutan sepertimana yang ipar saya sarankan. Kalau dulu saya akan celur dahulu jantung pisang tapi sejak belajar dari kakak ipar suami, saya tukar cara memasak sebab saya sukakan rasa rangup jantung pisang bila dikunyah.


Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Putih Rangup Dan Sedap


bahan-bahan:

1 biji jantung pisang

sedikit suhun, direndam

4 ulas bawang merah, ditumbuk kasar

1 ulas bawang putih, ditumbuk kasar

2 tangkai cili kering, di potong kasar

1 biji telur atau 1/2 gengam ikan bilis (ditumbuk kasar)

1 mangkuk santan 

Garam secukupnya


Cara memasak:-

  • Jantung pisang dibuang kelopak yang agak tua, dibelah dua. Hiris jantung pisang halus melintang dan rendam dalam air garam. Rendaman ini mengelakkan jantung pisang kelihatan lebam dan berbirat.
  • Masukkan santan bersama semua bahan yang ditumbuk dan ikan bilis (sekiranya menggunakan ikan bilis) dan renih dengan api sederhana. Kacau dengan kerap tapi jangan sampai pecah minyak.  Bila kuah nampak hampir mendidih masukkan jantung pisang (toskan dari rendam air garam) dan suhun (toskan) kacau hingga nampak jantung agak layu/masak.  
  • Masukkan cili kering potong atau cili merah (ikut kesukaan) dan kemudian masukkan telur,  biarkan dalam lebih kurang 3 minit, kacau dan tutup api. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Sekiranya menggunakan ikan bilis, tak perlu letak telur (ikut kesukaan anda)


Nota :

Ada yang mencelur jantung pisang sebelum dimasak tapi saya suka jantung pisang yang dihiris halus sebegini supaya bila kita makan tu masih terasa kerangupan jantung pisang dan pastinya gandingannya adalah ikan masin atau ikan kembung dengan sambal belacan.


Resepi yang menarik untuk anda cuba


Post a Comment

0 Comments