Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara

Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara | Masakan yang cukup simple penyediaannya dan saya suka menghirup kuah masak pindang ni lebih-lebih lagi bila rasa nak selesema dan tak sihat badan. Kiranya masak pindang ni masakan sihat sebab tak perlu ditumis dan bahan-bahan yang digunakan pun cukup mudah dan nak dapat pun senang je.

Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara 


Kalau dulu bonda saya rajin buat masak pindang menggunakan ikan selangat atau ikan kembung dan jugak ikan belanak ni tapi payah betul nak jumpa ikan belanak dan seperti yang sedia maklum bonda pun dah tak larat nak memasak apalagi nak ke pasar kan.


Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara 

Bahan- bahan

5 ekor ikan belanak

4 biji bawang merah - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

1 batang serai dititik

2 keping asam gelugur

3 batang cili kering - dikerat 2 atau 3

cili api - kalau suka nak lebih pedas

serbuk kunyit 

Air secukupnya

Garam secukup rasa


Cara memasak:

  • Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititik, asam gelugur, cili kering kedalam periuk yang berisi air.  Masak dengan api sederhana hingga kuah mendidih
  • Masukkan ikan belanak atau ikan kesukaan anda dan perlahankan api. Alih-alihkan ikan supaya ianya dimasak dengan sempurna
  • Tutup api dan masukkan garam secukupnya dan dikacau.

Dah boleh dihidang dengan nasi panas-panas dan lembut pastu boleh hirup kuah yang pedas-pedas masam tu. 


Antara resepi yang menarik untuk dicuba:

Post a Comment

1 Comments

  1. ikan belanak ni dana pernah goreng je kak.. cumanya itu dulu masa kat kampung bila di bandar ni rasanya pernah sekali je dana beli dan masak... lepas tu tak pernah , payah nk jumpa pun iya, atau dana yang jarang ke pasar heheheh

    ReplyDelete