Resepi Gulai Ikan Sembilang Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Gulai Ikan Sembilang | Allahyarham abah saya dan bonda saya memang suka ikan sembilang ni dan kalau ada jer memang dimasak gulai dengan tomato la ikan sembilang tu atau dibuat goreng garing dan disiram dengan sambal.  Memang serius sedap


Resepi Gulai Ikan Sembilang Sedap Dan Menyelerakan



Ada yang confuse antara ikan sembilang dengan ikan keli ke..kedua-dua ikan ini memang berbeza sebab ikan sembilang dari laut


Bahan-bahan:

2 ekor ikan sembilang, disiang, dikerat 4 (ikut kesukaan)

3 sudu rempah kari ikan Mak Siti

5 batang bendi atau 3 biji tomato atau kacang buncis 

2 tangkai daun kari

1 camca teh halba campur

garam secukup rasa

1 cawan santan

½ cawan air

1 cawan jus asam jawa


Bahan ditumbuk

4 ulas bawang merah 

2 ulas bawah putih 

½ inci halia 

* bahan untuk ditumbuk


cara membuatnya:

  • Rempah dicampur dengan air (dalam ¼ cawan) dengan diletakan sedikit bawang yang ditumbuk dan dikacau hingga sebati.  Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak didalam periuk.  Masukkan bahan yang ditumbuk dan bila dah naik bau dan berwarna kuning, masukkan halba campur.  
  • Kemudian masukkan rempah dan dikacau selalu untuk pastikan rempah tidak melekat dan hangit, kemudian letakkan daun kari dan kacau. 
  • Bila nampak pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa.  Tambah air supaya kuah tidak terlalu pekat.
  • Masukkan ikan, tomato/bendi bila kuah dah mengelegak.  Ikan tak boleh dimasuk terlalu awal bimbang nak isinya akan terlalu lembik atau hancur.
  • Lebih kurang dalam 7 minit, kuah akan mengelegak dan tutup api. Masukkan garam, kacau dan boleh la dihidang dalam 5 -10 minit lagi.



 Selamat mencuba!


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :

Post a Comment

2 Comments

  1. mak dana pun suka ikan sembilang ni kak, harganya pun lebih mahal dari ikan keli kan... pastu rasa dia lebih sedap dan lembut dari ikan keli... mak biasa suka masak asam pedas atau kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul Dana..ikan sembilang ni lebih sedap sebab ikan laut dan mahal tak macam ikan keli. Suami akak suka gulai tapi sesekali tu ada jugak akak tukar buat asam pedas heee

      Delete