Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah | Walau saya bukan orang Pantai Timur tapi masakan dari Pantai Timur ni memang menjadi kegemaran terutama Ayam Percik ni.  Kadang-kala bila beli ayam percik di kedai tu cukup mengecewakan bila terlalu manis dan tidak pedas.  Haaa..part ni memang saya lidah orang utara..ehh lidah orang Kuala Lumpur yang suka makan pedas.

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah

Dulu terasa susahnya nak buat ayam percik tapi sekarang ni bila dah semakin rajin memasak baru tahu resepi ayam percik kelantan mudah sungguh dan paling mudah kalau ada periuk noxxa.  Ada sesetengah tukang masak suka memasak resepi ayam percik kelantan santan kotak digunakan. Tapi kalau dah tak de santan segar, tak ada masalah kan. Sebenarnya lidah dah semakin tua dan walau masakan sendiri tak berapa sedap pun dah rasa sedap pada lidah sendiri


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam 

3 cawan santan pekat 

1/2 cawan air asam jawa

1 sk gula

1 sudu besar halba

Garam secukup rasa


Bahan B, dikisar

20 tangkai cili kering

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

3 cm halia

5 batang serai


Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah

Cara membuatnya:

1. Potong ayam ikut kesukaan, basuh dan toskan kemudian digaul dengan garam. Ayam saya potong kecil supaya senang untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah

2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar di dalam kuali bersama ayam, halba dan air asam jawa. Masak dengan api sederhana hingga kuah tinggal agak sikit tapi jangan terlalu kering.  Pastikan segala rempah sudah berpalut sebati dengan ayam.

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap Dan Mudah

3. Angkat ayam yang di dalam kuali dan letakkan ayam tersebut di atas bekas pemangang dan bakar di atas dapur hingga nampak garing. Untuk kali ini saya hanya membakar ayam di dalam oven selama lebih kurang 1 jam dengan suhu 200°C dan meletakkan aluminium foil di bahagian bawah supaya tidak hangit.

4. Hidangkan ayam yang telah siap dibakar dan siram dengan baki kuah yang masih ada di dalam kuali.


Selamat mencuba


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :

Post a Comment

2 Comments

  1. sedapnya kak... lama tak buat lak, dana pun suka buat ayam percik kelantan ni. Minta resepi dari kawan opis yang orang kelantan, puas hati buat sendiri kadang beli udahla mahal rasa tak berapa best, kadang mentah pulak dalamnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang akak setuju sebab tu rasa buat sendiri lagi sedap kan..olah balik bagi jadi lebih pedas pastu cukup satu lauk tu pun dah boleh bertambah nasi dalam pinggan..heee

      Delete