Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap

Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap | Buat ibu-ibu yang bosan tak tahu nak masak apa tengahhari ni boleh la mencuba stew ayam yang cepat dan sedap malahan kalau yang ada anak kecil pun tak perlu fikir lauk lain. 

Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap



Waktu bekerja dulu saya pernah menonton rancangan masakan stew ayam chef wan tapi masa tu tugasan memang memasak tu boleh dikira berapa kali tah dan memang saya tak minat memasak sangat tapi bab makan memang saya suka hee.

Masakan stew ayam ringkas ni sebenarnya resepi stew ayam ala Inggeris yang dah diMelayukan ikut selera orang kita dan paling penting resepi stew ayam tomato memang kena ada baru la ngam. Dan waktu google pun ada resepi masakan stew ayam cara Permaisuri Agong yang sangat viral rupanya.


Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap

Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap



Bahan-bahan

500 gm ayam

1 batang lobak, dipotong bulat atau memanjang 1½ inci

1 biji tomato, dibelah enam

garam secukup rasa

2 sudu minyak masak


Bahan B- dibancuh dalam mangkuk

½ cawan air

1 sudu kecil tepung jagung

1 sudu lada hitam, ditumbuk separa halus

1 sudu minyak bijan


Bahan C - dihiris

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji cili merah

1 tangkai daun sup,

1 tangkai daun bawang


Cara membuatnya:

  • Ayam dipotong kecil dan dibuang kulit (ikut kesukaan) tapi saya tak buang kulit sebab nakkan rasa juicy ayam dari kulit tu
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga layu kemudian masukkan ayam dan kacau rata.  Biarkan dimasak hingga lembut dengan api sederhana.
Resepi Stew Ayam Cepat Dan Sedap


  • Bila ayam kelihatan masak, masukkan kesemua sayuran kecuali daun bawang dan daun sup.
  • Apabila sayuran nampak layu, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kaau hingga rata dan sebati.  Biarkan kuah mendidih dengan api sederhana
  • Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang dan perasakan dengan garam secukupnya.
Selamat mencuba.

Nota : Jangan tunggu lama untuk makan waktu tengah panas-panas ni dengan nasi atau cicah dengan roti Gardenia pun sedap.



Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :




Post a Comment

0 Comments