Resepi Gulai Utara Ikan Senangin Dengan Rebung Sedap Dan Mudah

Resepi Gulai Utara Ikan Senangin Dengan Rebung Sedap Dan Mudah |  Kalau di Utara, gulai ikan lazimnya di masukkan rebung kuning yang menjadikan gulai tu sedap terlajak apatah lagi rebung yang dimasukkan tu cukup segar dan kalau kat kampung en lalink, rebung ni dipotong dari pokok dan diproses sendiri.  Rasanya memang sedap.

Dah sebati dengan masakan Utara ni, kalau saya nampak rebung di jual di Pasar Dato Keramat, meamng tak pernah tak beli sebab rebung yang elok tu bila dibuat gulai, rangupnya memang buat kita asyik makan hingga bertambah nasi.


Resepi Gulai Utara Ikan Senangin Dengan Rebung Sedap Dan Mudah

Bahan A

2 ekor Ikan senangin yang bersaiz besar (dipotong mengikut kesukaan)

3 batang rebung kuning

2 mangkuk santan 

2 biji tomato, belah 4

2 biji cili hijau, dibelah 


Nota : rebung dikerat dalam 2 inci dan dihirs halus bahagian atas dan bawah (hiris tidak putus).  Bila rebung dimasak, rempah dan kuah akan menyerap masuk ke dalam rebung dengan mudah.


Bahan B - ditumis

7 ulas bawang kecil, ditumbuk

5 ulas bawang putih, ditumbuk

1 sudu besar halba campur

3 tangkai daun kari

sedikit minyak untuk menumis


Bahan C - rempah 

4 sudu besar rempah serbuk Kari ikan Cap O

1 biji bawang besar, ditumbuk

5 ulas bawang putih, ditumbuk

1 sudu teh jintan manis, ditumbuk

1 sudu teh jintan putih, ditumbuk

1 sudu teh lada hitam, ditumbuk

1 mangkuk jus asam jawa, dicampur dalam rempah


Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan A, di kacau supaya bawang masak tidak hangit dan kekuningan.

2. Masukkan bahan B yang telah di campur terdahulu dan masak hingga pecah minyak.  Pastikan api sederhana. Kacau kerap supaya rempah tidak hangit dan berkerak.

3. Masukkan rebung, kacau hingga sebati dengan rempah. Masukkan air asam jawa supaya rebung lebih mesra dengan rempah.

4. Bila rempah sudah pecah minyak, masukkan santan dan kacau supaya rebung dan rempah sebati dan sekata. Bila kuah mendidih, masukkan ikan dan tomato.

4. Balikkan ikan supaya masak sempurna kesemua bahagian.  Akhir sekali masukkan cili hijau. Biarkan dalam 5 minit dan tutup api.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Siap!


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :



Post a Comment

0 Comments