Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah | Inilah antara sajian kesukaan anak-anak saya terutama Angah Ammar yang memang tak pernah jemu dengan masakan menggunakan ayam. Resepi sedap yang sangat mudah disediakan dan kalau dimasak ayam masak merah ni memang kena biar berkuah sikit


Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah

Bahan bahan

1/2 ekor ayam 

4 sudu besar sos cili 

4 sudu besar sos cili tomato 

1/2 biji bawang besar kuning, dihiris kasar

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula


Bahan kisar

15 biji cili kering

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih


Bahan hiasan 

Daun sup/daun bawang, dihiris

1 biji tomato, dipotong baji

Cili merah, dibelah dua


Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah

Cara membuatnya:

1. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki kemudian lumurkan  garam dan serbuk kunyit. 

2. Goreng ayam tapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan. 

3. Selesai menggoreng, tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau

4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 

5. Masukkan ayam dan bawang besar yang dihiris, sos tomato dan sos cili dan dikacau hingga rata dan sebatik.  Masukkan sedikit air biar sos sebati dengan ayam. 

 6. Masukkan tomato (kalau suka) dan kacau seketika dan masukkan cili merah yang dibelah dua, kacau dan boleh tutup api bila nampak kesemuanya agak layu dan angkat untuk dihidangkan dan taburkan daun bawang dan daun sup jika suka. 


Tips

  • Sambal akan nampak cantik bila dimasukkan gula selepas cili garing dimasak. 
  • untuk rasa lebih lemak, boleh masukkan sedikit susu cair tapi warna sambal tidak nampak berapa cantik tapi terpulang kalau ada yang ingin mencuba.

#resepisedap #resepikuah #resepiayam #koleksiresepiibu #ayammasakmerah

Post a Comment

1 Comments