Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap | Dah jemu buat ikan bawal masak masam manis, bawal goreng berlado jadi kali ni kita buat ikan bawal asam pedas simple dan sedap. Sebenarnya ikan bawal ni pun sedap kalau dibuat goreng sebab isinya banyak tapi kena masak waktu masih panas dan ciciah budu pun sedap.


Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Bahan bahan:

2 ekor ikan bawal

15 batang cili kering, dibersihkan dan dikisar

2 batang serai, diketuk

14 batang kacang bendi

1 mangkuk Jus asam jawa

Garam

sedikit gula secukup rasa


Bahan kisar:

2 ulas bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup


Cara memasak:

Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai. Bila naik wangi dan kekuningan, masukkan bahan kisar sehingga wangi dan kemudian masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga cili dan bahan tumis garing dan pecah minyak


Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Masukkan air supaya bahan dimasak sempurna dan tidak melekat pada dasar kuali, masukkan air asam jawa dan gula. Masak sehingga mendidih. 


Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Masukkan ikan bawal yang telah dipotong dua (ikut kesukaan nak potong berapa ya) dan biarkan merenih sehingga ikan masak dengan api sederhana.

Ikan Bawal Asam Pedas Simple Dan Sedap

Akhir sekali masukkan bendi, bila bendi nampak agak lembut, tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.


Nota :

Kalau nak letak tomato pun sedap tapi stok tomato dah habis jadi bendi pun mencukupi. Ada yang suka letak Aji No Moto, jadi terpulang ikut selera masing-masing


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :

Post a Comment

0 Comments