Resepi Kimchi Jjigae Masakan Korea Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kimchi Jjigae Masakan Korea Yang Sedap Dan Mudah | Memang pertama kali dimasak kat rumah ni oleh Cik Meya yang cukup pandai merekacipta masakan dan suka makan. Kimchi Jjiage ni adalah seakan stew yang cukup mudah untuk disediakan dan bahan yang digunakan pulak tak la susah untuk didapati di pasaraya.

Pasti ramai peminat drama Korea akan suka makan Kimchi Jjiage ni dan PKP ni boleh la anda buat sendiri dan makan sepuasnya. Jom tengok apa bahan yang saya katakan mudah dan memang cepat untuk disediakan. Masakan Korea dengan citarasa lidah orang Melayu gitu.

Resepi Kimchi Jjigae Masakan Korea Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

Daging/ayam 

Bawang putih, potong dadu atau kisar

Kimchi (beli dalam paket)

Chili flakes

Gochujang (optional)

Daun bawang

Tofu

Telur (optional)

Kepingan keju (optional)

Air

Garam secukupnya



Resepi Kimchi Jjigae Masakan Korea Yang Sedap Dan Mudah

Yang ni resepi Kimchi Jjigae kali kedua yang dimasak Cik Meya tapi menggunakan daging ayam.  Secara peribadi saya lebih menyukai kalau diletakkan daging cincang atau daging yang dipotong kecil sebab lebih manis.


Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan saute daun bawang bersama bawang putih

2. Masak sampai naik bau kemudian masukkan daging 

3. Bila daging dah separuh masak masukkan kimchi dan sedikit air kimchi,

4. Tambah chili flakes dan tutup periuk, biarkan direnih dalam 5 minit dan waktu yang sesuai kalau nak masukkan Gochujang.

5. Tambah air sikit lagi lepas tu masukkn tofu, biarkan direnih lagi beberapa minit dan boleh tutup api. Cik Meya tak letak garam sebab kimchi danGochujang tu sudah berperisa.

6. Taburkan daun bawang dan letakk cheese kalau suka pastu makan dengan nasi panas-panas.


Resepi Kimchi Jjigae Masakan Korea Yang Sedap Dan Mudah

Ni la dia hot pepper paste Gochujang yang saya beli di pasaraya Hero, nama jer hot pepper tapi tak pedas pun, mungkin pedas bagi orang Korea tapi bagi saya yang suka makan pedas ni, memang tak rasa apa.


Post a Comment

0 Comments