Resepi Ikan Siakap Kengsom Masakan Thai Sedap Dan Mudah

Resepi Ikan Siakap Kengsom Masakan Thai Sedap Dan Mudah | Masakan Thai ni memang dekat di hati orang Malaysia apatah lagi ramai antara kita dari rumpun yang sama macam keluarga saya.  Memang banyak masakan Thai yang sebati menjadi selera kita semua kalau tak tak de la kedai makan Tomyam kat seluruh negara kan. Masakan siakap kengsom ni ala-ala asam pedas versi Siam dengan rasa pedas, manis dan masam.

Resepi Ikan Siakap Kengsom Masakan Thai Sedap Dan Mudah

Berbalik pada darah Siam ni, Allahyarham Tok Ayah saya (bapa bonda) berketurunan Siam Islam dari Songkhla dan suami pulak orang Kedah yang punya susur galur darah Siam.  Bak kata orang pi mai pi mai tang tu jugak kan.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ikan siakap kengsom masakan thai ni yang cukup mudah dan tak rumit untuk disediakan.

Resepi Ikan Siakap Kengsom Masakan Thai Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan siakap

1/4 biji nenas

1/2 ikat kangkung

2 batang serai, diketuk

1 biji limau nipis, diambil jusnya

2 sudu sos nampla

Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar

10 biji cili api (saya guna cili akar warna merah yang pedas tu)

1 biji bawang besar (saiz sederhana)

6 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

Sedikit belacan (kalau tak letak pun boleh terutama mereka yang ada resdung)

1/2 cawan air

Resepi Ikan Siakap Kengsom Masakan Thai Sedap Dan Mudah


Cara membuatnya:

  • Masukkan kesemua bahan kisar dan air secukupnya dalam kuali. Masak kuah hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai, biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan gula.  Pastikan rasa masin dan masam serta manis seimbang kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan hati-hati supaya isi ikan tidak hancur dan tak perlu memasak ikan terlalu lama
  • Setelah ikan dah masak, masukkan masukkan kangkung dalam 3-5 minit dan tutup api bagi memastikan kangkung tidak terlalu layu.
  • Perahkan limau nipis dan kacau supaya sekata dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!


Resepi lain yang boleh dicuba antaranya

Post a Comment

0 Comments