Resepi Ayam Masak Merah Sedap Ala Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Sedap Ala Kenduri | Anak-anak memang suka makan ayam tak kira la masak apa pun apatah lagi kalau buat ayam masak merah, memang bertambah-tambah nasi dimakan dan bila masak ayam masak merah ni memang kena masak nasi lebih atau buat nasi minyak baru la feeling makan ayam masak merah sedap ala kenduri kan.


Resepi Ayam Masak Merah Sedap Ala Kenduri


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, di potong kecil dan basuh bersih

1 labu bawang besar, dipotong bulat

sedikit daun bawang, dihiris

sedikit daun sup, dihiris 


Bahan B - dikisar

3 biji bawang besar 

5 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan C

3 senduk cili kisar

5 sudu besar sos cili

3 sudu puri tomato 

2 biji tomato

2 batang serai - diketuk

1 kulit kayu manis

3 bunga lawang

5 buah pelaga

Garam dan gula secukupnya


Resepi Ayam Masak Merah Sedap Ala Kenduri

Cara-cara membuatnya:

  • Ayam digaul dengan garam dan kunyit, digoreng sedikit biar nampak agakkekuningan tapi jangan sampai garing. 
  • Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan serai,.tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sampai garing.
  • Masukkan puri tomato, sos cili dan tomato, kacau biar mesra dan masukkan sedikit gula 
  • Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng, digaul biar mesra dan akhir sekali masukkan barang besar yang dimayang dan perasakan dengan garam secukup rasa dan tabur daun bawang dan daun sup (jika suka) Siap!


Kalau dah siap resepi ayam masak merah sedap ala kenduri ni memang sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato atau nasi hujan panas atau atau nasi arab atau nasi briyani.

Post a Comment

1 Comments