Resepi Daging Masak Lada Sedap Dan Mudah

Resepi Daging Masak Lada Sedap Dan Mudah  | Daging Masak Lada ni adalah lauk kegemaran waktu dalam pantang tapi selalunya bonda saya akan memasaknya selepas 2 atau 3 minggu selepas saya sudah nampak sihat. Bukan apa selepas 2 atau 3 minggu ni baru lah dapat makan makanan yang ditumis atau dimasak menggunakan minyak sebabnya lauk hidangan dalam pantang di hari pertama selalunya yang dibakar atau direbus, tanpa belacan dan ikan pula bukan semua jenis ikan.

Tapi lauk ni memang favorite walau selepas pantang sebab rasanya yang cukup sedap dan cukup memanaskan badan sebab ada lada dan rempah.


Resepi Daging Masak Lada Sedap Dan Mudah

dapursweetsourleyra
Resepi Daging Masak Lada Sedap Dan Mudah 

Bahan-bahan

500 gm daging lembu

1 mangkuk air asam jawa

1 batang cili merah, dihiris memanjang


Bahan untuk dikisar/ditumbuk halus

2 sudu lada hitam

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan hitam

1 labu bawang merah

3 ulas bawang putih

2 inci halia


Bahan untuk ditumis

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar hingga nampak sedikit kekuningan dan masukkan daging.  Tambah air supaya daging dimasak dengan sempurna.  Biarkan dengan api sederhana dan biarkan daging direnih hingga empuk.


  • Bila air agak kekeringan dan daging nampak sudah lembut, masukkan air asam jawa. Kacau biar sebati dan sekali lagi biar daging direnih dan bahan-bahan masuk sebati dengan daging. Sekiranya suka tanpa berkuah, biarkan daging dimasak lagi tapi kalau suka daging yang basah-basah, boleh tutup api, masukkan cli merah dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

Selamat mencuba.


Antara Resepi yang menarik untuk dicuba


Post a Comment

0 Comments