Resepi Ayam Masak Tomyam Putih Sedap Dan Ringkas

Resepi Ayam Masak Tomyam Putih Sedap Dan Ringkas | Masakan Thai memang tidak asing bagi rakyat Malaysia sebabnya ramai antara kita yang nenek moyang berasal dari sana jadi secara tak langsung Tomyam menjadi sajian yang sangat biasa di setiap rumah mahupun di kedai makan. Memang ringkas dan mudah resepi ayam masak tomyam putih ni dengan bahan-bahan yang rasanya memang pasti ada di rumah.

Ayam Masak Tom Yam Putih ni saya tak tumis tapi cukup dengan merenih isi ayam dan cukup sedap kalau di makan dengan nasi panas terutama bila badan rasa tak sihat. mulut rasa pahit dan payau apatah lagi memang terlajak sedap kalau tengah selesema tu.  Fuhh wap kuah tom yam yang panas berasap masuk ke hidung, rasa lega sungguh!

Selain menggunakan ayam, boleh guna seafood atau Tom yam sayuran je pun sedap tapi kena pastikan masam tu kena ada.  Jom kita memasak


Resepi Ayam Masak Tom Yam Putih Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam, dipotong kecil

2 batang serai, diketuk

2 ulas bawang putih

1 labu bawang kuning/bawang holland, dihiris kasar

1 ikat daun ketumbar

1 cm lengkuas, diketuk

7 biji cili api, diketuk

2 biji tomato, dibelah 4

1 batang lobak merah, dihiris bulat

1 mangkuk bunga kobis, dipotong kecil

1 paket jagung muda, dihiris serong (optional)

1 batang daun saderi, dihiris 

1 mangkuk jus limau kasturi

2 helai daun limau purut

2 senduk sos ikan

garam secukup rasa

Resepi Tom Yam Putih Sedap Dan Ringkas


Cara memasaknya:

  • Renih isi ayam dalam kuali dengan air secukupnya dengan api perlahan.  Pastikan isi ayam dimasak sempurna.
  • Masukkan cili api yang di ketuk, lengkuas yang di ketuk ke dalam kuali yang berisi ayam dan masukkan daun ketumbar
  • Masukkan bunga kobis, lobak merah, batang saderi dan jagung muda, biarkan seketika dan kemudian masukkan bawang kuning. 
  • Masukkan sos ikan serta tomato. Padam api dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!


Selamat mencuba!


Resepi lain yang boleh dicuba:

Post a Comment

0 Comments