Resepi Pajeri Nenas Utara Yang Sedap

Resepi Pajeri Nenas Sedap ni memang menjadi kesukaan bonda saya dan paling sedap kalau dimakan dengan nasi panas dengan ikan kembung goreng garing..waduhh sedapnya.



Bahan-bahan:

1 biji nenas - dibelah dan dipotong ikut kesukaan supaya senang nak makan nanti ya

1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

1 keping kulit kayu manis

1 bunga lawang

2 biji buah pelaga

sedikit udang kering - buatan sendiri tau

kerisik - buatan sendiri

garam


Bahan - ditumbuk

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia


Resepi asal dari blog iamfuzy.com


Cara-cara mrmbuatnya:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  • Campurkan rempah kari dengan air dan dimasukkan kedalam kuali, dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  • Masukkan udang kering dan santan pekat dan biar santan nampak pecah minyak
  • Masukkan nenas dan dimasak hingga nenas nampak lembut. 
  • Masukkan santan cair, kacau dan biar dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api


Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments