Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Sedap

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Sedap | Memang saya cukup suka dengan Pisang Masak Lemak Cili Api ni bila nampak pisang bila ke Pasar Dato Keramat dan boleh dikatakan selang sebulan tu memang akan beli dan masak samada buat gulai lemak kegemaran bonda atau buat masak lemak cili api kegemaran Cik Meya dan diri sendiri.

Kalau bonda saya dulu dia akan buang kulit luar pisang tu dan dimasak isi dengan bahagian kulit yang lembut tapi ada kedai yang menjual pisang muda masak lemak cili api ni dengan menggunakan kulit pisang yang keras tu yang akan jadi rangup bila di makan.  Jadinya sejak tu saya akan tarik bahagian luar kulit tu dan masak sama sekali.  Serius sedap!
.

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Sedap


Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:-
1 sisir pisang muda (pisang kapas atau pisang lemak manis)
15 -20 tangkai cili api, ditumbuk
2 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup, ditumbuk
250gm santan Ayam Brand
1 genggam ikan bilis
1 helai daun kunyit

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Sedap

Cara Memasak:-
  • Pisang yang telah diperisi (disiat kulit bahagian luar), dibasuh kemudian dicelur hingga lembut dan toskan
    • Tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang putih hingga benar-benar lumat
    • Tumbuk ikan bilis tapi jangan terlalu kasar
    • Kelapa parut diperah, diasingkan 1 cawan yang pekat dan selebihnya yang cair (paling mudah beli santan kat kedai)
    • Masukan bahan yang ditumbuk, serai yang telah dititik, asam keping dan ikan bilis dalam periuk dengan secawan air dan direnih hingga nampak agak kering
    • Masukkan santan yang cair dan pisang yang telah dicelur, digaul rata hingga sebati
    • Bila dah nampak seakan mendidih, masukkan santan pekat dan biar dalam 5 - 7 min dan tutup api Masukkan garam dan boleh la dihidang dengan nasi panas. Siap!


    Selamat Mencuba


    Antara Resepi yang menarik untuk dicuba



      Post a Comment

      2 Comments

      1. dana tak pernah masak gulai pisang muda. makan pun jarang sebab tu tak berapa minat

        ReplyDelete
        Replies
        1. favorite akak sejak dh tua ni Dana..hehee..tapi bonda akak suka buat gulai lemak pisang muda..

          Delete